Aku Dan Teman Aku Dan Dia-dia Aku Dan Teman Smk Aku Dan Temanku Aku
Tampilkan postingan dengan label asal-ususl. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label asal-ususl. Tampilkan semua postingan

Jumat, 07 Juni 2013

Asal usul sambutan Maulidur Rasul


Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu.